VERSI PERTAMA:
Nama Tanjung Rimau diberi apabila wujudnya seekor harimau jadian di kampung ini. Diceritakan bahawa harimau ini sering muncul apabila berlakunya kesusahan yang dialami penduduk kampung ini. Binatang ini akan membantu penduduk kampung jika berlakui kejadian seperti dirompak, diganggu oleh kedatangan pihak musuh.
VERSI KEDUA:
Suatu ketika dahulu, sekumpulan orang yang berketurunan raja yang diketuai oleh panglima hitam lari melalui sungai dan berehat seketika di sebuah tanjung. Apabila beliau naik sahaja ke daratan (ke tanjung tersebut), beliau amat terkejut apabila mendapati seekor harimau bermata satu sedang duduk di busut.
Beliau segera mengarahkan anak buahnya supaya pergi jauh dari harimau tersebut. Setelah beliau berehat seketika (di bawah pohon chenai) beliau mendapati tempat itu amat menarik perhatiannya. Sesuai sekali untuk manusia tinggal dan melaksanakan aktiviti pertanian.
Panglima hitam terus mengambil keputusan untuk tinggal disitu dan menamakan tempat itu tanjung harimau. Tahun berganti tahun, hari berganti hari, nama harimau yang menjadi mitos ini telah dipendekkan namanya menjadi tanjung rimau.
VERSI KETIGA
Di ceritakan oleh penduduk lama, bahawa asal nama kampung berasal nama kampung adalah kampung kubang gajah dimana terdapat banyak kubang gajah di kawasan ini. Akan tetapi ,
nama ditukar kerana adanya kewujudan harimau putih jadian yang menjaga kampung sering lalulalang dan melepaskan dahaga di sebuah perigi yang berada di bawah pokok tanjung. Harimau putih jadian ini dipercayai tua dan sering menjaga kawasan kampung.

No comments:
Post a Comment